Jumaat, 25 Februari 2011

Tat Gulung


BISKUT TAT GULUNG

- 250 gm Butter (1 Buku)
- 2 Biji Kuning Telur
- 2 Sudu Besar Gula Halus
- 350 gm Tepung Gandum
- 1 Sudu kecil Perwarna Kuning

Inti :
Jem nenas
Hiasan :
2 Biji Kuning Telur (campur sedikit perwarna kuning)

CARA-CARA :
·     Masukkan butter, gula halus dan kuning telur dipukul sehingga sebati.
·     Kemudian masukkan perwarna kuning ,pukul sehingga adunan sebati.
·     Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit kemudian uli adunan tersebut sehingga adunan menjadi lembut.
·     Panaskan ovem 150’C selama 15 minit.
·     Ambil doh ini kemudian masukkan kedalam acuan tat,terap dan masukkan sedikit jem nenas, gulung sampai adunan abis.
·     Apabila siap masukkan tat ini kedalam dulang pembakar dan sapu sedikit kuning telur ke atasnya.
·     Masukkan kedalam ovem kemudian bakar selama 20 minit.
·     Siap untuk dihidang.