Khamis, 10 Februari 2011

Almond London



BISKUT ALMOND COKLAT

Bahan - Bahan :-

- 250 gm Butter (1 Buku)
- 350 gm Tepung Gandum
- 30 gm Tepung Susu
- 3/4 Cawan Gula Halus
- 1 Sudu kecil Baking Powder
- 1 Sudu kecil Perisa Coklat
- 1 Sudu Amplex
- 30 gm Badam Cincang
- Kacang Badam (dipanggang)
- 700 gm Coklat masakan
- 200 gm Coco Butter (warna putih)

Utk Hiasan :
Badam Cincang / Hundred Thousand (manik warna-warni)
  
CARA-CARA :
  • Masukkan butter dan gula halus,dipukul sehingga kembang.
  • Kemudian masukkan susu tepung,baking powder dan amplex,pukul sehingga adunan sebati.
  • Masukkan perisa coklat dan badam cincang,pukul lagi.
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh,kalau adunan masih    lembut masukkan tepung gandum sedikit,pastikan adunan ini boleh di gentel bulat atau bujur mengikut citarasa anda.
  • Bentukkan adunan ini menjadi bulat atau bujur dan masukkan kacang badam di dalamnya.
  • Setelah siap susun semua biskut ini ke dalam dulang pembakar atau loyang yang telah disapu mentega.
  • Bakar pada suhu 200'C selama 20 minit.
  • Cairkan coklat masakan dan coco butter dengan cara "double boiler".
  • Masukkan biskut ini ke dalam coklat masakan dan gunakan penyepit untuk masukkan ke dalam mangkuk kertas,tabur badam cincang.
  • Untuk lebih ranggup masukkan ke dalam peti ais sebentar dan keluarkan untuk dihidang atau disimpan.

3 ulasan:

  1. Kuih Almond London yang Puan Robiah buat tu memang sedap. Saya dah cuba, berbeza dengan yang beli kat kedai.

    BalasPadam